DuniaKU....

Ia coretan,pandangan,luahan hati


31 Mei 2010 mencatatkan satu lagi bukti keangkuhan dan kekejaman Israel. Pembunuhan 19 aktivis keamanan di perairan antarabangsa mendedahkan sikap sebenar Israel di mata dunia. Malah, dengan sombong dan bongkak, mereka mengisytiharkan untuk tidak membenarkan sebarang bantuan kemanusiaan terhadap Palestin sama ada melalui darat, lautan ataupun udara....Mengapa mereka begitu berani dan angkuh? kerana mereka disokong oleh sebuah negara yang mempunyai kuasa ketenteraan dan politik yang hebat iaitu Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, setiap yang berlaku itu adalah atas ketentuan Allah s.w.t dan pasti mempunyai hikmahnya. Kalau diselongkari semula lembaran sirah Islam dan dibandingkan dengan peristiwa di Palestin kini, terdapat sedikit persamaan untuk kita fikirkan. Ketika di awal penyebaran Islam di Mekah, Rasulullah s.a.w. menerima pelbagai cemuhan, dugaan dan cabaran sehingga di satu peringkat kaum Bani Hasyim dan Bani Muthalib serta kaum Muslimin telah dipulaukan selama 3 tahun.Semangat assabiyah yang menebal di kalangan suku-suku arab ketika itu tidak membezakan mereka yang beriman dan yang kafir dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Muthalib. Dalam tempoh pemulauan tersebut, orang kafir Quraisy melarang sebarang urusan jual beli, pernikahan dan bantuan terhadap mereka. Malahan, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dan memberi perlindungan kepada mereka akan dianggap sebagai sekutu Rasulullah s.a.w.

Kesulitan dan penderitaan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka akibat daripada pemulauan tersebut. Kelaparan adalah cabaran terbesar kerana bekalan makanan disekat oleh kaum kafir Quraisy. Rumput, dedaun malah kulit binatang menjadi santapan untuk mengalas perut yang kebuluran. Bagaimanapun, terdapat sebilangan kaum Quraisy yang merasa belas dan kasihan diatas penderitaan tersebut. Dengan bekalan makanan penuh diatas unta, mereka melepaskan unta tersebut dengan harapan unta itu akan selamat tiba ke lembah yang didiami oleh Bani Hasyim dan Bani Muthalib. Malangnya, seringkali bantuan bekalan makanan itu disekat oleh pasukan peronda kafir Quraisy.

Pemulauan menjadi semakin keras seiring dengan peredaran masa. Setelah 3 tahun menghadapi dugaan dan cabaran, pemulauan tersebut dibatalkan. Hal ini disebabkan terdapatnya penentangan yang hebat dikalangan kaum kafir Quraisy itu sendiri. Mereka tidak sanggup lagi melihat kaum kerabat mereka sendiri hidup menderita. Sebelum mereka sempat mereka menghancurkan surat perjanjian pemulauan, Allah s.w.t telah menghantar anai-anai untuk menghancurkan surat itu terlebih dahulu melainkan kalimah Allah......

Inilah apa yang terjadi pada bumi Palestin kini. Bermula tahun 2007, bumi Palestin telah dikepung dan dihalang dari mengadakan hubungan dengan negara luar. Sebarang bantuan dari luar turut dihalang sebagaimana kaum kafir Quraisy menghalang bantuan kepada Bani Hasyim dan Bani Muthalib. Pembinaan Tembok Apartheid didirikan di sekitar bumi Palestin dengan tujuan memisahkan Palestin dari dunia luar. Negara Mesir menambahkan lagi derita penduduk Palestin dengan memusnahkan terowong-terowong yang menjadi nadi perhubungan utama untuk membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan. Pengkhianatan yang dialami oleh penduduk Palestin hampir sama dengan pengkhianatan yang dialami oleh Bani Hasyim dan Bani Muthalib oleh kaum kafir Quraisy.

Pembunuhan 19 aktivis kemanusiaan menyemarakkan lagi kemarahan antarabangsa terhadap Israel disamping meningkatkan lagi simpati dan belas kasihan terhadap penindasan yang dialami oleh penduduk Palestin. Sekiranya sejarah itu berulang, kita akan menyaksikan akan berlakunya penentangan bukan sahaja dikalangan umat Islam tetapi dikalangan kaum kafir itu sendiri yang akan membawa kepada kebebasan bumi Palestin. Bagaimanapun, ingatlah bahawa kebebasan bumi Palestin itu adalah satu kepastian...yang menjadi persoalannya adalah jalan-jalan yang membawa kepada kebebasan itu sendiri......

p/s: inilah yg dpt aku ringkaskan biler mendengar ceramah drpd Assoc. Prof. Dr. Hafidzi Mohd Noor...Director of PACE (Palestine Centre of Excellence)

0 comments:

Post a Comment