Rakyat jelata: Bang, bole antarkan ke sri damansara x?
Abg Teksi : .........( x layan, wat2 pandang tpt lain)
Rakyat jelata: cmner bang..bole x?
Abg Teksi : 15 ringgit bole...(x pandang lgsung muka rakyat jelata tuh)
Rakyat jelata: 15 ringgit????..mahalnya..besa ikut meter 6 inggit jer...
Abg Teksi : arini bulan posa..org x ramai..kalo x nak sudah..
Rakyat jelata: Terima kasih jerla...
akhirnya, rakyat jelata tu naik bas...seringgit jer tambang bas...
p/s: bulan posa kenela berlumba2 melakukan kebaikan..bukan penindasan
Minggu depan bulan ramadhan muncul kembali dalam hidup aku..sedar x sedar, ini adalah ramadhan ke-21 utk aku. Sepanjang 21 kali aku melalui bulan ramadhan, byk rasanya kenangan pahit,manis,lucu...sedih pun ada jugak...tp yg plg aku x bley lupakan biler aku berpuasa masa darjah 1...
Masa aku darjah 1, aku sekolah kt SK Subang...dlm kelas aku ramai jugak budak yg x posa,kiranya aku antara bdk2 darjah 1 yg soleh la sbb aku posa. Waktu pagi aku cergas..main kejar2 keliling sekolah, main polis and 3 (walaupun nama sbnrnya police and thief), main galah panjang....belum masuk kelas aku dh peluh2...tp aku relax jer walaupun posa....
Dugaan plg besar biler masa rehat...rasa haus sgt sbb pagi2 dh main kejar, tp aku masih lagi menahan rasa haus...xder hal, walaupun ada 2-3 ekor member aku(aku dh x ingt sapa member aku masa tu..) cuba nk menggoda ngan air milo ais...
Lepas tu biler tghhari, solat zohor kt masjid sblh skolah, masa tu haus giler2 sgt...akhirnya tersungkur jugak aku pada kehausan...tanpa segan silu, aku menadah mulut kt water cooler yg ada kt masjid....fuh,mmg nikmat...pastu,biler balik umah aku wat2 penat...taktiknya :
1) lap bibir biar sampai kering guna baju sekolah...
2) wat2 letih ngan jln lemah-longlai..
3) wat2 tido atas katil konon2 penatla...
pastu biler ayah tanya..."posa x arini?"...dgn konfiden aku ckp.."posa"..hehe..
Rasanya, dlm sebulan ramadhan tuh, mau 17-18 hari aku wat taktik yg sama...
bebudakla katakan....=)
Jika lelaki kacak perdiam, wanita akan berkata "Cool giler"
Jika lelaki hodoh pendiam, wanita akan berkata "Perasan cool la tu.."
Jika lelaki kacak berbuat jahat, wanita akan berkata " Nobody is perfect.."
Jika lelaki hodoh berbuat jahat, wanita akan berkata "Dahla muka buruk,perangai pun sama.."
Jika lelaki kacak berbuat baik, wanita akan berkata "Gentleman la dier nih"
Jika lelaki hodoh berbuat baik, wanita akan berkata "Nak ngorat la tu"
Jika lelaki kacak berpasangan dgn wanita cantik, wanita akan berkata "Fuh, bagai pinang dibelah dua.."
Jika lelaki hodoh berpasangan dgn wanita cantik, wanita akan berkata "Mesti lelaki ni pakai minyak pengasih dari bomoh la tu.."
Jika lelaki kacak ditinggalkan kekasih, wanita akan berkata "Jgn sedih, sy kan ada"
Jika lelaki hodoh ditinggalkan kekasih, wanita akan berkata "Memang patut pun.."
Jika lelaki kacak menyayangi haiwan, wanita akan berkata "Hatinya penuh dgn kasih sayang"
Jika lelaki hodoh menyayangi haiwan, wanita akan berkata "Malang betul kucing tu"
Jika lelaki kacak memandu BMW, wanita akan berkata "Cantik betul kereta dier"
Jika lelaki hodoh membawa BMW, wanita akan berkata "Ni mesti driver..nk amik bos la tu"
Jika lelaki kacak menangis, wanita akan berkata "Biar sy lapkan air mata awak.."
Jika lelaki hodoh menangis, wanita akan berkata "Lelaki pun nak nangis ker..malula"
p/s: Just kidding...no offence..hehe
Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda iaitu:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia;
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu;
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu:
1. Jujur dalam berkata-kata;
2. Menjauhi segala yang haram;
3. Merendah diri.
Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu:
1. Merahsiakan ibadahnya;
2. Merahsiakan sedekahnya;
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya;
Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda iaitu:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisab dirinya.
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.
ref:http://www.frenszone.com/groups/orca/?action=goto&topic_id=2073
Di satu hari jumaat yang terik, aku sarungkan sandal Lois yang baru dibeli ke kaki aku...dengan sandal itulah aku menghidupkan enjin motorku untuk menunaikan tanggungjawab sabagai hamba Allah s.w.t...Setelah tiba di masjid, aku letakkan sandalku dengan kemas dan rapi sebaris dengan kaum kerabat sandal dan selipar milik orang lain...x disangkal lagi, sandal akula yang plg cantik..hehehe...
Rupa-rupanya itulah kali terakhir aku memuji sandal aku...setelah habis solat jumaat, sandalku hilang tanpa diduga...hati aku membengkak dengan kemarahan akibat perbuatan manusia yang bergelar Pencuri Selipar...berani betul di rumah Allah s.w.t dia melakukan dosa...Nafsuku berbisik untuk mentibai selipar yang lebih cantik milik org lain tp aku x sanggup bergelar Pencuri Selipar...pergh, puitis giler ayat...hahaha
Senang citer, dengan berkaki ayam aku meredah lautan manusia kt masjid tuh, dahla waktu panas terik, rasa nk melecur kulit kaki...habis semua mata pandang kt kaki aku, seolah-olah kaki aku ni artis terkenal.........kepada yang bergelar Pencuri Selipar, henti2 kan la tabiat yang menyusahkan orang nih...kalo setakat curi selipar, x dpt jadi jutawan pun..dapat dosa lagi adala.....
p/s: sandal tu aku beli nak pakai biler masuk sem 3 nih..mtp belum sempat sem 3 masuk dh kene tibai......
31 Mei 2010 mencatatkan satu lagi bukti keangkuhan dan kekejaman Israel. Pembunuhan 19 aktivis keamanan di perairan antarabangsa mendedahkan sikap sebenar Israel di mata dunia. Malah, dengan sombong dan bongkak, mereka mengisytiharkan untuk tidak membenarkan sebarang bantuan kemanusiaan terhadap Palestin sama ada melalui darat, lautan ataupun udara....Mengapa mereka begitu berani dan angkuh? kerana mereka disokong oleh sebuah negara yang mempunyai kuasa ketenteraan dan politik yang hebat iaitu Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, setiap yang berlaku itu adalah atas ketentuan Allah s.w.t dan pasti mempunyai hikmahnya. Kalau diselongkari semula lembaran sirah Islam dan dibandingkan dengan peristiwa di Palestin kini, terdapat sedikit persamaan untuk kita fikirkan. Ketika di awal penyebaran Islam di Mekah, Rasulullah s.a.w. menerima pelbagai cemuhan, dugaan dan cabaran sehingga di satu peringkat kaum Bani Hasyim dan Bani Muthalib serta kaum Muslimin telah dipulaukan selama 3 tahun.Semangat assabiyah yang menebal di kalangan suku-suku arab ketika itu tidak membezakan mereka yang beriman dan yang kafir dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Muthalib. Dalam tempoh pemulauan tersebut, orang kafir Quraisy melarang sebarang urusan jual beli, pernikahan dan bantuan terhadap mereka. Malahan, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dan memberi perlindungan kepada mereka akan dianggap sebagai sekutu Rasulullah s.a.w.
Kesulitan dan penderitaan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka akibat daripada pemulauan tersebut. Kelaparan adalah cabaran terbesar kerana bekalan makanan disekat oleh kaum kafir Quraisy. Rumput, dedaun malah kulit binatang menjadi santapan untuk mengalas perut yang kebuluran. Bagaimanapun, terdapat sebilangan kaum Quraisy yang merasa belas dan kasihan diatas penderitaan tersebut. Dengan bekalan makanan penuh diatas unta, mereka melepaskan unta tersebut dengan harapan unta itu akan selamat tiba ke lembah yang didiami oleh Bani Hasyim dan Bani Muthalib. Malangnya, seringkali bantuan bekalan makanan itu disekat oleh pasukan peronda kafir Quraisy.
Pemulauan menjadi semakin keras seiring dengan peredaran masa. Setelah 3 tahun menghadapi dugaan dan cabaran, pemulauan tersebut dibatalkan. Hal ini disebabkan terdapatnya penentangan yang hebat dikalangan kaum kafir Quraisy itu sendiri. Mereka tidak sanggup lagi melihat kaum kerabat mereka sendiri hidup menderita. Sebelum mereka sempat mereka menghancurkan surat perjanjian pemulauan, Allah s.w.t telah menghantar anai-anai untuk menghancurkan surat itu terlebih dahulu melainkan kalimah Allah......
Inilah apa yang terjadi pada bumi Palestin kini. Bermula tahun 2007, bumi Palestin telah dikepung dan dihalang dari mengadakan hubungan dengan negara luar. Sebarang bantuan dari luar turut dihalang sebagaimana kaum kafir Quraisy menghalang bantuan kepada Bani Hasyim dan Bani Muthalib. Pembinaan Tembok Apartheid didirikan di sekitar bumi Palestin dengan tujuan memisahkan Palestin dari dunia luar. Negara Mesir menambahkan lagi derita penduduk Palestin dengan memusnahkan terowong-terowong yang menjadi nadi perhubungan utama untuk membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan. Pengkhianatan yang dialami oleh penduduk Palestin hampir sama dengan pengkhianatan yang dialami oleh Bani Hasyim dan Bani Muthalib oleh kaum kafir Quraisy.
Pembunuhan 19 aktivis kemanusiaan menyemarakkan lagi kemarahan antarabangsa terhadap Israel disamping meningkatkan lagi simpati dan belas kasihan terhadap penindasan yang dialami oleh penduduk Palestin. Sekiranya sejarah itu berulang, kita akan menyaksikan akan berlakunya penentangan bukan sahaja dikalangan umat Islam tetapi dikalangan kaum kafir itu sendiri yang akan membawa kepada kebebasan bumi Palestin. Bagaimanapun, ingatlah bahawa kebebasan bumi Palestin itu adalah satu kepastian...yang menjadi persoalannya adalah jalan-jalan yang membawa kepada kebebasan itu sendiri......
p/s: inilah yg dpt aku ringkaskan biler mendengar ceramah drpd Assoc. Prof. Dr. Hafidzi Mohd Noor...Director of PACE (Palestine Centre of Excellence)